Friday, 24 February 2012

SERONOKNYA PERNIAGAAN INI...ELAKKAN BERI ALASAN JIKA INGIN BERJAYA...

Peluang perniagaan amat terbuka luas di hadapan kita...

Elakkan diri kita dari memberi 1001 alasan jika ingin mencapai kejayaan..
Kejayaan takkan datang tanpa usaha. Tidak dinafikan masalah sering berlegar disekeliling kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Cuba sebaik mungkin jadikan masalah yang dihadapi sebagai peluang untuk kita perbaiki diri dan menggilap serta melatih diri kita. Saya juga seperti anda sebelum memulakan perniagaan ini. Tak pandai cakap, tak ada modal, tak ada kawan, takut rugi, takut barang tak terjual, ada ke orang nak join, nanti hangat hangat tahi ayam, takut anak terabai, tak ada masa, tak minat dan macam macam lagi lah...

Fikir terus fikir..penyelesaian nya tiada juga.
Sahabat, sekiranya kita tidak berfikir secara positif, minda kita akan cenderung berfikir ke arah negatif. Sekiranya saya terus bermain dan berfikir pelbagai alasan, saya tidak akan memulakan perniagaan ini. Saya tidak merasa nikmat betapa seronoknya menjalankan perniagaan ini. Walau pun bermula dari kosong, namun saya tekad, kalau orang lain boleh, kenapa tidak saya. Masa semua orang sama sahaja 24 jam, gunakan potensi dan nikmat akal yang Allah beri pada kita untuk ubah hidup. Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama. Setiap persoalan negatif yang timbul dalam diri saya jawab secara positif kepada diri sendiri. Sahabat, penghalang kejayaan kita sebenarnya adalah diri kita sendiri. Kadang kala kita takut dengan bayangan sendiri. Kita kurang yakin dengan kemampuan diri kita. Takut untuk berjiwa besar, berjiwa usahawan. Kononnya selesa dengan kehidupan yang sedia ada walaupun hakikatnya hanya cukup cukup makan sahaja. 

Sekadar berkongsi pengalaman, saya juga dahulunya seorang pendidik, penjawat awam. Dalam erti kata lain makan gaji. Syukur Alhamdulillah, Allah takdirkan saya menceburi perniagaan ini walaupun pada mulanya suami saya agak 'sceptical' dengan perniagaan ini. Saya menganggap perniagaan adalah proses yang sentiasa dalam pembinaan. Bina dan terus bina. Dalam perniagaan ini juga saya banyak mengasah minda dan jiwa supaya sentiasa positif. Tidak manisnya kejayaan tanpa dugaan. Bagaimana kita menukar masalah menjadi peluang.

Kini saya mengorak langkah ke hadapan seiring dengan rakan kongsi saya untuk sama sama mencipta sejarah, mencetus revolusi dan merintis segala kemungkinan. Tiada istilah bos dalam perniagaan ini. Ini adalah perniagaan kita sendiri. Our own bisnes. Saya hanya bertindak sebagai mentor sahabat yang ingin bersama sama saya dalam perniagaan ini. Bertindak sekarang, bertangguh beerti anda menanggguh kejayaan anda. Kepada sahabat yang ingin bersama sama saya, saya amat alu alukan. BERANI KAYA, BERANI TAKWA INSYAALLAH....

1 comment: