Saturday, 31 March 2012

Dari 'Lecturer' menjadi 'SPEAKER' : Kenali CDM NOOR HAFSAH SULAIMAN


(Seperti di FUTURISTIK terbaru)


Salam Perjuangan....

PENGENALAN

Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan-Nya saya menjadi insan terpilih untuk dipertemukan dengan bisnes MLM bersama Hai-O Marketing Sdn Bhd.  Terima kasih kepada Hai-O kerana menjadi pentas dan landasan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk mencabar diri, berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa kerana sesungguhnya setiap orang berhak untuk mencipta kecemerlangan.
BAGAIMANA MENYERTAI HAI-O

Di sini segalanya bermula.....
Saya diperkenalkan dengan perniagaan ini beberapa tahun yang lalu oleh seorang rakan sekolah (ex-SERATA). Sebelum ini saya telah mencuba pelbagai jenis perniagaan samada multi jualan langsung atau konvensional. Saya tidak berputus asa walaupun kenikmatan berniaga belum saya rasai sepenuhnya. Tanpa berfikir panjang, saya berminat untuk menyertai Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd kerana tertarik dengan kehebatan ‘killer produk’ nya iaitu TOP CORSET PREMIUM BEAUTIFUL (PB) dan BIO AURA WATER FILTER 


SEBELUM MENYERTAI HAI-0

Saya sebelum bergelar usahawan sepenuh masa...
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perakaunan, saya berkhidmat di firma audit dan kemudiannya menyertai sektor awam sebagai tenaga pengajar di IPTA (Politeknik Ungku Omar : Jabatan Perakaunan).  Tidak terlintas langsung di hati untuk meletakkan jawatan dan menceburi perniagaan ini sepenuh masa.  Berbekalkan percaya dan yakin, kini saya merupakan USAHAWAN HAI-O sepenuh masa.
Ini ditambah pula dengan kedudukan syarikat yang amat kukuh saya terus mengorak langkah mencipta sejarah, mencetus revolusi dan merintis segala kemungkinan.


(mukasurat 1)


PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN

Kemanisan dan kenikmatan yang dirasai...
Bagaikan mimpi, dalam masa yang singkat sahaja iaitu hanya 9 bulan bergelar Usahawan Hai-O, saya telah dapat memandu Toyota Alphard 2.4 yang sebelum ini sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran saya. Sedangkan pada masa itu saya masih memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Jabatan Perakaunan Politeknik Ungku Omar (PUO). Melihat kejayaan demi kejayaan saya dalam industri MLM ini, saya akhirnya memutuskan untuk meletakkan jawatan saya sebagai penjawat awam dan memilih Usahawan MLM Hai O sepenuh masa sebagai kerjaya pilihan. Setelah 1 tahun 4 bulan bergelar usahawan Hai O, saya berjaya menempatkan diri saya dalam barisan CROWN DIAMOND MANAGER (CDM). Masa berlalu begitu pantas. Kini genap 4 tahun setengah saya berkecimpung dalam industri ini. Hidup saya dan keluarga berubah 360 darjah. Impian suami untuk memandu Nissan Fairlady 350Z menjadi kenyataan. Hasrat saya untuk menunaikan umrah bersama suami dan ibu, memiliki kereta impian dan rumah yang lebih selesa untuk keluarga juga tercapai.
Kejayaan yang dapat saya kecapi dalam perniagaan bersama Hai-O ini membuatkan saya semakin teruja untuk meluaskan rangkaian ke seluruh negeri. Sistem perniagaan yang adil dan saksama yang ditunjukkan oleh Syarikat Hai-O Marketing yang  menjadi panduan kepada saya dalam menjalankan perniagaan ini akan terus saya kongsi dengan mereka yang ingin mengubah hidup seperti saya. Tiada rahsia yang saya sembunyikan untuk capai kejayaan dalam perniagaan ini. Sistem yang telah tersedia saya duplikasi sepenuhnya bagi memastikan perniagaan ini dijalankan secara betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Ilmu yang saya peroleh daripada ‘biztalk’ dan program-program lain seperti program motivasi, bengkel produk, seminar kepimpinan, dan seminar keusahawanan, saya gunakan semaksimanya dalam gerak kerja saya.   

Bagi saya, perniagaan ini sangat mudah untuk dilaksanakan kerana saya bersama rakan kongsi bergerak secara kumpulan. ‘Team work’ sangat penting dalam menjalankan perniagaan MLM. Tanpa ‘teamwork’, berkemungkinan besar seseorang yang menceburi bidang perniagaan MLM khususnya akan kecundang. Pada masa itulah akan keluar keluhan seperti “susah lah buat MLM”, “buat MLM tak boleh berjaya”, dan macam-macam lagi. Puncanya, individu tersebut tiada ‘teamwork’ dalam gerak kerjanya. Saya dan rakan kongsi tidak pernah merasakan situasi sedemikian, malah kami akan terus berjuang dalam perniagaan ini demi keluarga dan agama hingga ke noktah yang terakhir.

Kini saya telah pun mempunyai stokis sendiri di Ipoh (STOKIS A30 SUNWAY CITY IPOH). Saya bersyukur kerana kewujudan Stokis milik saya ini bukan sahaja mampu memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakan kongsi saya malah kepada semua usahawan Hai-O khususnya di kawasan utara.

Insentif pelancongan Seminar seberang Laut 3 kali setahun yang ditawarkan oleh pihak Hai-O tidak pernah saya lepaskan sejak saya bergelar Usahawan Hai-O. Pada awal pembabitan saya, saya berjaya melayakkan diri untuk melancong percuma bersama Hai-O ke Negara Korea. Keseronokan melancong bersama Hai-O membuatkan saya bertekad untuk tidak melepaskan peluang  keemasan ini. Selepas Korea, saya terus memastikan saya dan suami sentiasa bersama rombongan Hai-O ke luar Negara seperti  Perth, Beijing, Sydney, Umrah, Hong Kong dan sebagainya. Sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan untuk sampai ke luar negara dalam usia semuda ini. Syukur Alhamdulillah.


(mukasurat 2)



Jasamu tetap dikenang....

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya, CDM Meor Saiful Nazli yang menyokong sepenuhnya dan sentiasa bersama-sama saya. Kepada anakanda tercinta Amni Noor Syakirah, Adni Noor Umairah dan Meor Rayyan Firdaus yang memahami ibu dan ayah. Tidak dilupakan kepada keluarga, ayahbonda saya Sulaiman bin Zakaria dan Zanariah bt Mohd Salleh serta ibu mertua Hajah Noriah yang merestui dan mendoakan kejayaan saya.
Saya tidak mungkin sampai ke tahap ini sekiranya saya bekerja bersendirian. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan kumpulan tersohor  TNPOD8581, Supremo CDM Haji Jamsari Moktar dan Supremo CDM Hajah Safiah Yusuf, upline saya SCDM Haji Mohd Azmir Abd Aziz dan SCDM Hajah Suhaila Yusof dan DDM Fatimah Ali dan pasangan yang telah banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini. Strategi, idea, perancangan yang diilhamkan oleh mereka sangat berguna dan tanpa ragu saya praktikkannya dalam perniagaan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan kongsi yang disayangi, yang sentiasa setia bersama sama saya selama ini. Kerjasama dan sokongan padu kalian sangat saya hargai. Saya doakan kalian berjaya mencapai cita dan impian.

Usahawan kerjaya pilihan...

Saya telah menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya yang serius. Seawal penglibatan saya dalam perniagaan hingga kini saya sentiasa berfikiran positif dan menganggap masalah dan cabaran adalah peluang untuk saya lebih maju dalam kehidupan dan perniagaan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Saya sangat yakin dan percaya, sekiranya kita berusaha bersungguh sungguh, cekal juang, sanggup menghadapi cabaran dan rintangan, kejayaan pasti dalam genggaman. Tiada manisnya perniagaan tanpa cabaran dan rintangan. Cabaran dan rintangan membuatkan kita lebih matang dalam menempuh liku liku perjalanan perniagaan.

Akhir kata, saya menyeru kepada diri saya, rakan kongsi tercinta dan seluruh usahawan Hai O rebutlah peluang berniaga bersama Hai O secara serius dan focus pada matlamat yang anda inginkan. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama.

Sekian, berjumpa anda di puncak kejayaan.

HAI O MY CHOCE FOR LIFE!!!!

No comments:

Post a Comment