Wednesday, 29 February 2012
KEGAGALAN SEBAGAI PENGAJARAN
Ramai yang beranggapan kegagalan adalah satu titik akhir dalam usaha mereka. Ia menjadi garis penamat atas apa yang diusahakan selama ini. Sebenarnya, di sebalik kegagalan segala kepahitan dan keperitan yang wujud daripada kegagalan, terdapat banyak nilai-nilai yang positif yang dapat kita pelajari dari kegagalan yang dilalui itu.Kita biasa dihidangkan dengan kisah klasik Thomas Elva Edison yang mencuba beribu-ribu kali sebelum mentolnya menyala dan menyinari dunia. Kata beliau "Jangan memanggilnya kegagalan tetapi panggil ia pelajaran."
Dalam islam, konsep kegagalan adalah sebahagian daripada anugerah Allah kepada manusia. Terdapat pelbagai pelajaran yang terkandung dalam setiap kegagalan yang dialami oleh manusia. Salah satu pelajaran yang Allah anugerahkan adalah supaya manusia sentiasa sedar keupayaan diridan kekuasaan Allah sebagai Tuhan. Firman Allah, "Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghabun : ayat 11).
Ini kerana, manusia ada kalanya berasakan dirinya terlalu hebat dan mampu melakukan segala-galanya tanpa bersandarkan kekuasaan Allah. Mungkin kita bukan sahaja tidak memulakan usaha dengan doa. Malahan ada kemungkinan perkara yang kita lakukan itu tidak berlandaskan syariat. Ditambah pula dengan keyakinan yang tinggi dalam hati iaitu mampu melakukan segala-galanya dan ini membuatkan kita terlupa kebergantungan kepada Allah.
Bapa Pengurusan Moden, Peter Drucker pula melihat kegagalan sebagai satu petanda yang akan mewujudkan peluang. Kata beliau, " Sekiranya gerak kerja itu gagal sungguh pun telah dirancang dengan teliti dan dilaksanakan rapi, ia bukan satu perkara yang tidak baik. Kegagalan sebenarnya adalah satu penanda aras yang telah berlaku dan peluang akan wujud.
Prof. Dr. Ibrahim Ahmad, pakar motivasi dan minda separa sedar mengatakan, "Bagi saya kegagalan adalah vitamin kejayaan. Saya tidak pernah menjadikan kegagalan sebagai penghalang kepada kejayaan yang hendak dicapai."
Sekiranya kita tidak berani gagal, kita bagaikan tiada apa-apa. Berapa kali kita gagal adalah tidak penting, yang penting bagaimana kita bangun semula dari kegagalan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment