Dari 'Lecturer' Kini 'Speaker' Dan 'Master Trainer'
Yang Berbahagia lagi disayangi ayahanda Encik Tan Kai Hee, Pengarah Urusan
Kumpulan Hai-O Merangkap Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd, Yang Dihormati, Pengarah-Pengarah Kumpulan Hai-O, Yang Dihormati, tetamu-tetamu jemputan VIP Hai-O, Yang Dihormati Encik Kamaruzaman Bin Yaakob Penasihat Hai-O Marketing Sdn Bhd, Yang Dihormati Encik Teo Nee Siang, Pengurus Besar Hai-O Marketing Sdn Bhd dan
barisan pentadbiran dan pengurusan Hai-O Marketing, Yang Dihormati pemimpin-pemimpin usahawan CDC-CDC dan CDM-CDM,
pemimpin-usahawan DDM-DSM, Yang Diraikan dan dianugerahkan barisan bakal pemimpin masa depan DDM-DDM dan
DSM-DSM, yang bakal mencorakkan kehebatan bisnes MLM Hai-O. Usahawan-usahawan bisnes “Network Marketing” (NM) Hai-O dan bakal-bakal
prospek-potensi yang datang untuk mengintai peluang, memenuhi ruang dan para
hadirin-hadirat sekalian.
Dengan kalimah Bismillahi’ Rahman’nir Rahim, Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang maka bermulalah bicara hamba-Mu ini di pentas
kecemerlangan bisnes MLM Hai-O.
Assalamualaikum WBT dan As Salam 1Keluarga Besar Hai-O, salam perkenalan,
salam persahabatan dan salam persaudaraan dari saya, insan yang sedang mencipta
kecemerlangan dalam bisnes ini, CDM Noor Hafsah Bt Sulaiman dan pasangan saya,
CDM Meor Saiful Nazli Bin Meor Nazro. Terima kasih kerana diberikan peluang dan
penghormatan untuk berdiri di sini dan berkongsi kebersamaan dan pengalaman
bagi memenuhi visi dan misi perjuangan Hai-O Marketing Sdn Bhd.
Mimpi kini menjadi realiti.
Pentas yang sentiasa diidami bagi semua USAHAWAN HAI-O,
kini telahku KUASAI.
Para Hadirin Yang Dihormati Dan Diraikan,
Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta, Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul di
majlis gilang-gemilang program DIAMOND NITE 2012. Majlis gilang-gemilang ini pasti
menjadi majlis ilmu dan motivasi, sebagai sebahagian daripada proses untuk
menjadi usahawan MLM Hai-O yang dihormati, berintegriti dan berwawasan ke arah
melahirkan usahawan sejati atau tulen, sebagaimana yang diimpikan oleh ayahanda
Encik Tan Kai Hee, arkitek cemerlang Hai-O dan kepada kita semua. Terima kasih
kepada Hai-O Marketing kerana menyediakan peluang dan ruang untuk menjadi
PENTAS dan LANDASAN kepada sesiapa sahaja yang berani dan bersedia untuk
mencabar diri, berubah dari insan biasa-biasa menjadi insan luar-biasa hebat. Percayalah,
setiap insan berhak memilih untuk mencipta KECEMERLANGAN, KEBAHAGIAN DAN
KEKAYAAN. Kejayaan atau kegagalan bukanlah KEBETULAN tetapi ia adalah PILIHAN.
Hanya mereka yang berani dan jujur sahaja akan sukses dalam bisnes ini. Apa
tunggu lagi? JOM JOIN KITA.
Para Hadirin
Yang Dihormati Dan Diraikan,
Bersempena majlis penganugerahan ini, kita akan disajikan dengan menu
luar-biasa dengan kemunculan speaker-speaker berpangkat CDM untuk bersama-sama
berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan sehingga “berubah hidup dan menjadi
agen kepada perubahan”. Dan bukan setakat itu, melalui peranan
pemimpin-pemimpin usahawan MLM Hai-O, maka malam ini kita akan menyaksikan
kelahiran dan kemunculan usahawan-usahawan terutama berpangkat DDM-DDM dan
DSM-DSM seramai 270 pengedar yang akan dinobat, dianugerah dan diiktiraf.
Hebatnya bisnes bersama Hai-O anda akan dihargai, dianugerahi dan diiktiraf
atas pencapaian dan sumbangan anda ke arah mencapai misi dan visi untuk membina
sebuah negara yang makmur, dan semua ahli masyarakat berhak dan berpeluang
untuk “melakukan perubahan” dalam kehidupan.
Seusia 25 tahun telah pun berumahtangga.
Keluarga besar kami.
Bersama-sama 3 orang cahaya mata iaitu
AMNI NOOR SYAKIRAH (7 tahun), ADNI NOOR UMAIRAH (5 tahun) dan MEOR RAYYAN FIRDAUS (1 tahun 5 bulan).
Saya juga kini sedang mengandungkan cahaya mata yang ke-4.
Sekali lagi, di panjatkan penuh kesyukuran, atas keizinan-Nya maka saya (kita)
menjadi insan terpilih yang telah dipertemukan dengan bisnes berbentuk
“Multi-Level Marketing” (MLM) atau “Network-Marketing” (NM) dan sesuai dengan
perubahan bisnes, terbentuk bisnes “Internet-Marketing” + “Network-Marketing”.
Para Hadirin Yang Dihormati Dan
Diraikan,
Di sini ingin saya berkongsi bagaimana saya bermula. Saya diperkenalkan dengan
bisnes MLM Hai-O oleh bekas rakan sekolah, Puan Hamidah Naim kira-kira empat
tahun yang lalu. Untuk pengetahuan semua, saya bersama suami amat meminati
bidang bisnes selain bekerja makan gaji. Berbagai bentuk bisnes telah
dijalankan termasuklah bisnes MLM dan bisnes konvensional, namun semuanya belum
berjaya, secukup hidup sahaja. Sungguhpun begitu, saya tidak pernah berkata saya
gagal. Mengapa? Kerana kami percaya bahawa pasti suatu hari nanti akan
dipertemukan jodoh dengan bisnes yang akan membawa kepada kecemerlangan,
kebahagian dan kekayaan, malah mungkin di luar kotak pemikiran insan
biasa-biasa. Sebab tu kita perlu menjadi insan luar-biasa. Penyertaan di
peringkat awal didorong kerana kehebatan “The Killer Product” iaitu TOP CORSET PREMIUM BEAUTIFUL, jenama pakaian dalam pembentukan badan berteknologi FIR dan
Beautiful Bio-Aura, sistem rawatan air berteknologi FIR-NANO. Keberkesanan
produk dan testimoni hebat menjadikan produk ini amat bernilai dalam
mempertingkatkan kualiti kesihatan, dan kita berkongsi pengalaman daripada menggunakan
produk dan akhirnya, menjadi usahawan untuk memasarkan produk kerana permintaan
yang sangat tinggi.
Menjadi Pelajar Jurusan Sarjana Muda Perakaunan
dari UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Tahun 1997 - 2001
Para Hadirin Yang Dihormati Dan
Diraikan,
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.
Saya merupakan graduan lulusan perakaunan dari Universiti Utara Malaysia dan
setelah tamat pengajian, berkhidmat di firma audit dan kemudiannya, menyertai
sektor awam sebagai pensyarah di IPTA di Ipoh, Perak. Dan sebenarnya, tidak terlintas
langsung di hati untuk meletakkan jawatan kerana sebelum ini saya buat secara sambilan untuk membantu suami. Namun, berbekalkan
“The Law of Attraction” iaitu kuasa percaya dan yakin, saya mengambil keputusan
meletakkan jawatan selepas melihat pencapaian peribadi bisnes di luar dugaan
dan akhirnya menjadi usahawan sepenuh masa dan disamping menguruskan pusat
jualan Hai-O Marketing di Ipoh (Stokis A30 Sunway City Ipoh). Begitulah hebatnya kuasa yakin dan
percaya, kerana kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Keyakinan diri adalah
faktor utama dalam kejayaan. Semestinya... HAI-O MY CHOICE FOR LIFE, nantikan
kemunculan usahawan usahawan MLM di persada dunia MLM di Malaysia dan
insyallah, ke peringkat antarabangsa. Di sini sejarah tercipta dan di sini
segalanya bermula.
Jejak sebagai PENDIDIK telah pun ditabur
di INSTITUT TEKNOLOGI PERAK
Rakan-rakan PENSYARAH di JABATAN PERDAGANGAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR.
Sebelum BERPINDAH KERJAYA sebagai
USAHAWAN HAI-O TNPOD 8581 sepenuh masa pada APRIL 2009.
Para Hadirin Yang Dihormati Dan
Diraikan,
Bukan mudah untuk berubah dan mengubah kotak pemikiran masyarakat Bumiputera
terutama bertukar dari budaya kerja makan gaji kepada budaya bisnes berbentuk
MLM. Namun begitu, saya dan suami telah mencapai pangkat tertinggi CROWN
DIAMOND MANAGER (CDM) hanya dalam tempoh 1 tahun 4 bulan, dan kini kami
suami-isteri merupakan pemimpin-usahawan berpangkat CDM di Hai-O Marketing Sdn Bhd.
Dalam tempoh sesingkat ini, kehidupan kami telah berubah dari insan biasa-biasa
menjadi luarbiasa. Alhamdulillah, pelbagai nikmat telah dikecapi, dengan
pendapatan lima angka sebulan, memiliki kereta mewah sport Nissan Fairlady 350Z
dan Toyota Alphard 2.4, memiliki rumah idaman mewah, memiliki pusat jualan
Hai-O Marketing Stokis A30 Sunway City Ipoh, Perak, menyertai dan layak mendapat insentif
melancong seberang laut (Perth, Beijing, Sydney, Hong Kong, Vietnam,
Umrah-Ziarah), dan paling penting dapat membawa rakan kongsi mencipta kejayaan
dan kecemerlangan dalam bisnes MLM ini.
Mengerjakan UMRAH bersama suami dan bonda tercinta.
Hadiah yang paling bermakna bagi saya pabila
dapat mengerjakan umrah bersama bonda tercinta.
Trip PERCUMA bersama HAI-O saya tak pernah lepaskan.
Ini trip PERCUMA ke SYDNEY, AUSTRALIA.
Saya bersama-sama rakan kongsi di TEMBOK BESAR CHINA.
Lagi Trip PERCUMA bersama HAI-O.
Trip PERCUMA ke HONG KONG DISNEYLAND.
Trip PERCUMA ke VIETNAM.
Bila menyentuh mengenai pelancongan,
benarlah untuk memastikan kita berubah dari sudut pemikiran dan tindakan,
dedahkan diri kita dengan budaya insan di negara lain dan tidaklah menjadi
katak di bawah tempurung, berfikir hanya kita sahaja yang terbaik, sedangkan
insan di luar sana telah jauh mencapai perubahan dan pembaharuan. Tetapi,
paling menyentuh hati apabila, sebagai seorang Muslim, melalui bisnes MLM Hai-O
kami telah dapat mengunjungi dan menziarahi Tanah Suci Makkah dan Madinah,
khususnya apabila dapat membawa bersama sama ibu dan rakan seperjuangan. Inilah
nikmat bisnes yang tidak diperolehi oleh mereka di luar sana. Dan terkini,
insyallah saya dan rakan kongsi akan menyertai rombongan membeli-belah di
Guangzhou anjuran Hai-O dan membeli-belah ke Jakarta-Bandung yang dianjurkan
oleh TNPOD8581HAI-O yang menjadi tradisi rangkaian ini setiap tahun.
Saya bersama suami serta
MENTOR USAHAWAN JUTAWAN kami
SCDM HJ JAMSARI MOKHTAR dan SCDM HJH SAFIAH YUSOP
Adakah pencapaian ini sudah memuaskan hati saya? Sudah tentu tidak, dan sebab
tu saya mencontohi bagaimana mentor terhebat saya SCDM Hjh Safiah Bt Yosop dan SCDM Hj
Jamsari Bin Moktar bertindak dan melakukan gerak-kerja tanpa henti. Kenapa?
Untuk menjadi kaya dan berjaya, anda hanya perlu meniru apa yang orang kaya dan
berjaya buat... pasti hasilnya adalah sama.
Bersama-sama Rakan Kongsi terutama
dari Wilayah UTARA (Perak, P.Pinang, Kedah dan Perlis)
dan LEMBAH KELANG (Kuala Lumpur dan Selangor)
Para Hadirin Yang Dihormati Dan
Diraikan,
LAPANGAN INI MERUPAKAN UNIVERSITI TERBUKA HAI-O : PENTAS DAN LANDASAN UNTUK
BERUBAH.
Kecemerlangan yang saya kecapi dalam bisnes MLM Hai-O menjadikan saya semakin
teruja untuk melebarkan sayap ke seluruh negara dalam proses membina rangkaian,
dan paling penting menjadi usahawan yang memperkenalkan peluang dan ruang
bisnes ini kepada insan di luar sana. Perkara paling menarik ialah, antara
pemimpin-usahawan, pengedar dan syarikat telah terbentuk konsep “Win-Win Situation”
(Situasi Menang-Menang) dan Perkongsian Pintar, iaitu saling membentuk
kerjasama untuk mencapai misi dan visi yang sama. Cemerlangnya Hai-O kerana
usahawannya cemerlang dan runtuhnya Hai-O kerana usahawannya kecundang.
Tiada rahsia dalam bisnes MLM ini kerana “anda buat anda dapat”, dan menerusi
sistem MLM yang sudah dibina kita hanya perlu melakukan duplikasi sepenuhnya
untuk memastikan bisnes ini berada pada landasan yang betul, beretika dan
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan samada oleh pihak syarikat Hai-O,
etika jualan langsung oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) atau pun
Akta Jualan Langsung yang digariskan dan ditetapkan oleh kerajaan (KPDNKK).
Budaya ILMU dititikberatkan sebagai PEMANGKIN KEJAYAAN.
Saya belum pernah PONTENG siri-siri
BUSINESS TALK, SEMINAR dan BENGKEL PRODUK.
Rasa BERDOSA bila tidak hadir.
Para Hadirin Yang Dihormati Dan Diraikan,
Apabila duplikasi bergerak maka bisnes MLM ini menjadi mudah dan menepati
konsep NETWORK-MARKETING iaitu membina jaringan. Mengapa membina jaringan?
Itulah MLM dan jaringan akan menjadi KUKUH dan tidak mudah runtuh apabila
semangat bekerjasama dalam kumpulan atau TEAM-WORK dibentuk. Kegagalan
membentuk jaringan yang kukuh melalui TEAM-WORK akan mewujudkan
individu-individu yang ketertinggalan, mudah putus asa dan menganggap dirinya
gagal. Maka akan keluarlah persepsi
dan tanggapan negatif iaitu MLM ni bohong dan hanya angan-angan kosong, susah
buat MLM sebab hanya orang pandai bisnes sahaja boleh berjaya, penuh penipuan
dan pembohongan, dan berbagai tanggapan. Jadi, anda sekiranya ingin mencipta
kejayaan, kebahagian dan kekayaan dalam bisnes MLM tiru sahaja bagaimana orang
kaya dan berjaya bertindak...bukan meniru orang susah dan tidak berjaya
bertindak. Kita insan yang dilahirkan HEBAT.
Selalulah berfikiran positif. Kuasa berfikiran positif akan memberikan impak
yang besar kepada diri kita. Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi BINTANG.
Inilah PEMBAKAR SEMANGAT kami iaitu
SCDM HJ MOHD AZMIR ABD AZIZ dan SCDM HJH SUHAILA YUSOP.
Mereka abang kakak dan sifu kepada kami.
Inilah sifu INTERNET kami iaitu
CDM FATIMAH ALI (Emma Rajabeautiful) dan
suaminya ABDUL RAZAK ZAKARIA
Para Hadirin Yang Dihormati Dan
Diraikan,
TERIMA KASIH DAUN KELADI JAUH DI MATA DEKAT DI HATI
Sebelum mengundurkan diri, ingin saya menyampaikan ucapan penghargaan dari hati
yang tulus ikhlas kerana kita berada dalam satu kapal yang sama, maka
bersama-samalah kita merancang, membina, mempertingkatkan dan memperkukuhkan
bisnes MLM Hai-O ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua penerima
anugerah pada malam ini, kerana anda merupakan generasi yang akan menjadi sebahagian
pemimpin-usahawan masa depan dan memacu kecemerlangan bisnes MLM bersama Hai-O
khasnya dan industri MLM amnya. Terima kasih kepada Ayahanda Encik Tan Kai Hee,
arkitek cemerlang Hai-O paling disegani dan dihormati dan barisan
pengurusan-pentadbiran yang diketuai oleh Pengurus Besar Encik Teo Nee Siang,
seorang yang berjiwa besar, bermotivasi dan berpandangan jauh. Mentor terhebat
saya dan rangkaian TNPOD8581HAI-O, Presiden TNPOD8581HAI-O dan merangkap CROWN
DIRECTOR COMITTEE (CDC) Hai-O Marketing iaitu Supremo SCDM Jamsari Bin Moktar
dan SCDM Safiah Binti Yosop, tegak kukuh berdiri sebagai tiang seri bersama
Hai-O hampir 11 tahun, SCDM Suhailah Bt Yusof dan SCDM Mohd Azmir Abdul Aziz
dan CDM Fatimah Bt Ali. Para CDM-CDM Hai-O, pemimpin-usahawan samada dalam
rangkaian atau di luar rangkaian. Istimewa buat semua rakan kongsi tersayang yang
sentiasa berkongsi kejayaan dan kecemerlangan. DDM Mahfuzah, DSM Amir Yii, DSM Haslinawani,
DSM Ust Hisham, DSM Rohana dan yang lain yang tidak saya sebutkan di sini. Ucapan
terima kasih tak terhingga kepada suami tercinta, CDM Meor Saiful Nazli Bin
Meor Nazro juga sebagai mentor dan rakan kongsi, kepada keluarga khasnya
ayahanda dan bonda serta para ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan
saya.
Keluarga tercinta yang sering memberi semangat dan
galakan khususnya dari ayahanda SULAIMAN ZAKARIYA
dan bonda ZANARIAH HJ MOHD SALLEH
Keluarga mertua yang juga memberikan dorongan
dan galakan khususnya dari bonda HJH NORIAH ABDUL HASAN
Akhir kata, marilah kita warga Hai-O mempertingkatkan kualiti diri dengan ilmu
pengetahuan bisnes MLM, motivasi dan kepimpinan, untuk memperkukuhkan diri
menjadi usahawan sejati, setia kepada bisnes MLM Hai-O dan paling penting kita
rebut peluang untuk mencipta kejayaan, kebahagian dan KEKAYAAN. Perjalanan
seribu batu bermula LANGKAH PERTAMA. JOM KITA PASTIKAN semua insan bertukar
dari “budaya kerja makan gaji “ kepada “budaya bisnes”. Amin.
Let us be,
from nobody to SOMEBODY,
from zero to HERO,
from nothing to
SOMETHING,
from fantasy to REALITY,
TO BE THE BEST JOIN THE BEST HAI-O MARKETING,
TO BE THE BEST JOIN THE SUCCESS
BISNES MLM.
BERTEMU ANDA DI GUANGZHOU 2012.