Saturday 31 March 2012

Dari 'Lecturer' menjadi 'SPEAKER' : Kenali CDM NOOR HAFSAH SULAIMAN


(Seperti di FUTURISTIK terbaru)


Salam Perjuangan....

PENGENALAN

Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan-Nya saya menjadi insan terpilih untuk dipertemukan dengan bisnes MLM bersama Hai-O Marketing Sdn Bhd.  Terima kasih kepada Hai-O kerana menjadi pentas dan landasan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk mencabar diri, berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa kerana sesungguhnya setiap orang berhak untuk mencipta kecemerlangan.
BAGAIMANA MENYERTAI HAI-O

Di sini segalanya bermula.....
Saya diperkenalkan dengan perniagaan ini beberapa tahun yang lalu oleh seorang rakan sekolah (ex-SERATA). Sebelum ini saya telah mencuba pelbagai jenis perniagaan samada multi jualan langsung atau konvensional. Saya tidak berputus asa walaupun kenikmatan berniaga belum saya rasai sepenuhnya. Tanpa berfikir panjang, saya berminat untuk menyertai Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd kerana tertarik dengan kehebatan ‘killer produk’ nya iaitu TOP CORSET PREMIUM BEAUTIFUL (PB) dan BIO AURA WATER FILTER 


SEBELUM MENYERTAI HAI-0

Saya sebelum bergelar usahawan sepenuh masa...
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perakaunan, saya berkhidmat di firma audit dan kemudiannya menyertai sektor awam sebagai tenaga pengajar di IPTA (Politeknik Ungku Omar : Jabatan Perakaunan).  Tidak terlintas langsung di hati untuk meletakkan jawatan dan menceburi perniagaan ini sepenuh masa.  Berbekalkan percaya dan yakin, kini saya merupakan USAHAWAN HAI-O sepenuh masa.
Ini ditambah pula dengan kedudukan syarikat yang amat kukuh saya terus mengorak langkah mencipta sejarah, mencetus revolusi dan merintis segala kemungkinan.


(mukasurat 1)


PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN

Kemanisan dan kenikmatan yang dirasai...
Bagaikan mimpi, dalam masa yang singkat sahaja iaitu hanya 9 bulan bergelar Usahawan Hai-O, saya telah dapat memandu Toyota Alphard 2.4 yang sebelum ini sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran saya. Sedangkan pada masa itu saya masih memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Jabatan Perakaunan Politeknik Ungku Omar (PUO). Melihat kejayaan demi kejayaan saya dalam industri MLM ini, saya akhirnya memutuskan untuk meletakkan jawatan saya sebagai penjawat awam dan memilih Usahawan MLM Hai O sepenuh masa sebagai kerjaya pilihan. Setelah 1 tahun 4 bulan bergelar usahawan Hai O, saya berjaya menempatkan diri saya dalam barisan CROWN DIAMOND MANAGER (CDM). Masa berlalu begitu pantas. Kini genap 4 tahun setengah saya berkecimpung dalam industri ini. Hidup saya dan keluarga berubah 360 darjah. Impian suami untuk memandu Nissan Fairlady 350Z menjadi kenyataan. Hasrat saya untuk menunaikan umrah bersama suami dan ibu, memiliki kereta impian dan rumah yang lebih selesa untuk keluarga juga tercapai.
Kejayaan yang dapat saya kecapi dalam perniagaan bersama Hai-O ini membuatkan saya semakin teruja untuk meluaskan rangkaian ke seluruh negeri. Sistem perniagaan yang adil dan saksama yang ditunjukkan oleh Syarikat Hai-O Marketing yang  menjadi panduan kepada saya dalam menjalankan perniagaan ini akan terus saya kongsi dengan mereka yang ingin mengubah hidup seperti saya. Tiada rahsia yang saya sembunyikan untuk capai kejayaan dalam perniagaan ini. Sistem yang telah tersedia saya duplikasi sepenuhnya bagi memastikan perniagaan ini dijalankan secara betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Ilmu yang saya peroleh daripada ‘biztalk’ dan program-program lain seperti program motivasi, bengkel produk, seminar kepimpinan, dan seminar keusahawanan, saya gunakan semaksimanya dalam gerak kerja saya.   

Bagi saya, perniagaan ini sangat mudah untuk dilaksanakan kerana saya bersama rakan kongsi bergerak secara kumpulan. ‘Team work’ sangat penting dalam menjalankan perniagaan MLM. Tanpa ‘teamwork’, berkemungkinan besar seseorang yang menceburi bidang perniagaan MLM khususnya akan kecundang. Pada masa itulah akan keluar keluhan seperti “susah lah buat MLM”, “buat MLM tak boleh berjaya”, dan macam-macam lagi. Puncanya, individu tersebut tiada ‘teamwork’ dalam gerak kerjanya. Saya dan rakan kongsi tidak pernah merasakan situasi sedemikian, malah kami akan terus berjuang dalam perniagaan ini demi keluarga dan agama hingga ke noktah yang terakhir.

Kini saya telah pun mempunyai stokis sendiri di Ipoh (STOKIS A30 SUNWAY CITY IPOH). Saya bersyukur kerana kewujudan Stokis milik saya ini bukan sahaja mampu memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakan kongsi saya malah kepada semua usahawan Hai-O khususnya di kawasan utara.

Insentif pelancongan Seminar seberang Laut 3 kali setahun yang ditawarkan oleh pihak Hai-O tidak pernah saya lepaskan sejak saya bergelar Usahawan Hai-O. Pada awal pembabitan saya, saya berjaya melayakkan diri untuk melancong percuma bersama Hai-O ke Negara Korea. Keseronokan melancong bersama Hai-O membuatkan saya bertekad untuk tidak melepaskan peluang  keemasan ini. Selepas Korea, saya terus memastikan saya dan suami sentiasa bersama rombongan Hai-O ke luar Negara seperti  Perth, Beijing, Sydney, Umrah, Hong Kong dan sebagainya. Sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan untuk sampai ke luar negara dalam usia semuda ini. Syukur Alhamdulillah.


(mukasurat 2)



Jasamu tetap dikenang....

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya, CDM Meor Saiful Nazli yang menyokong sepenuhnya dan sentiasa bersama-sama saya. Kepada anakanda tercinta Amni Noor Syakirah, Adni Noor Umairah dan Meor Rayyan Firdaus yang memahami ibu dan ayah. Tidak dilupakan kepada keluarga, ayahbonda saya Sulaiman bin Zakaria dan Zanariah bt Mohd Salleh serta ibu mertua Hajah Noriah yang merestui dan mendoakan kejayaan saya.
Saya tidak mungkin sampai ke tahap ini sekiranya saya bekerja bersendirian. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan kumpulan tersohor  TNPOD8581, Supremo CDM Haji Jamsari Moktar dan Supremo CDM Hajah Safiah Yusuf, upline saya SCDM Haji Mohd Azmir Abd Aziz dan SCDM Hajah Suhaila Yusof dan DDM Fatimah Ali dan pasangan yang telah banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini. Strategi, idea, perancangan yang diilhamkan oleh mereka sangat berguna dan tanpa ragu saya praktikkannya dalam perniagaan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan kongsi yang disayangi, yang sentiasa setia bersama sama saya selama ini. Kerjasama dan sokongan padu kalian sangat saya hargai. Saya doakan kalian berjaya mencapai cita dan impian.

Usahawan kerjaya pilihan...

Saya telah menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya yang serius. Seawal penglibatan saya dalam perniagaan hingga kini saya sentiasa berfikiran positif dan menganggap masalah dan cabaran adalah peluang untuk saya lebih maju dalam kehidupan dan perniagaan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Saya sangat yakin dan percaya, sekiranya kita berusaha bersungguh sungguh, cekal juang, sanggup menghadapi cabaran dan rintangan, kejayaan pasti dalam genggaman. Tiada manisnya perniagaan tanpa cabaran dan rintangan. Cabaran dan rintangan membuatkan kita lebih matang dalam menempuh liku liku perjalanan perniagaan.

Akhir kata, saya menyeru kepada diri saya, rakan kongsi tercinta dan seluruh usahawan Hai O rebutlah peluang berniaga bersama Hai O secara serius dan focus pada matlamat yang anda inginkan. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama.

Sekian, berjumpa anda di puncak kejayaan.

HAI O MY CHOCE FOR LIFE!!!!

Tuesday 27 March 2012

SIHAT DAN CANTIK DENGAN GARAM BULUH



Badan tidak dapat menghasilkan mineral sendiri..

Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Cooking Salt Powder & Premier Drink Merupakan 100% garam buluh organic diformulasi berasaskan ramuan tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun dengan sejarah penggunaan yang terbukti. Khasiat Semula Asli untuk Kehidupan Kini Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro seperti magnesium, kalsium dan kalium, menyeimbangkan nilai pH badan dan membantu menyingkirkan bahan buangan badan.


Tanda tanda badan BERASID

1. Rambut berminyak
2. Rambut bermasaalah dan tidak bermaya
3. Masalah penghadaman
4. Masalah sembelit atau tidak lawas
5. Sering sakit kepala
6. Badan dan nafas berbau
7. Hilang kesegaran kulit
8. Sering gatal gatal
9. Sering rasa mengantuk
10. Masam mulut
11. Cepat lapar
12. Berkahak dan lender di waktu pagi


Khasiat Garam Buluh Hai-O

• Garam Buluh Hai-O (untuk yang mempunyai masalah sembelit, gemar makanan yang masam, pedas dan bersifat asid seperti daging)
• Garam buluh kaya dengan bahan mineral, bersifat alkali dan membantu mencegah pengoksidaan badan yang mengakibatkan penuaan.-salah satu punca kegemukan adalah badan yang bersifat asid -pengambilan garam buluh boleh membantu anda menyeimbangkan pH badan supaya berada dalam julat pH badan yang sihat, iaitu 7.35 – 7.45 (sifat alkali lemah)

HADIS TENTANG GARAM

Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al – Bazzar Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

Amalkan minum & makan dengan garam kerana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

HARGA : RM 128.00 sahaja (40 sachet) - untuk di minum
                RM 46.00 sahaja - untuk masak

Sunday 11 March 2012

CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PEMAKAIAN TOP CORSET PREMIUM BEAUTIFUL



Apa Itu Kanser Payudara?Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit
payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di
payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis
kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor
kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada
kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana
kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas
kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain
rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
* Bagi mendapatkan info terbaik mengenai pemakaian Top Corset Premium Beautiful. Sila hubungi saya 019-526 0807 Noor Hafsah Sulaiman

Friday 9 March 2012

KEHEBATAN HERBA MAHARANI

Produk berkualiti tinggi hingga mencapai jualan RM2.7 bilion setahun. Kini berada di pasaran Malaysia.


Herbal Kebahagiaan Wanita & Perangsang.....

Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan yang tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan keterampilan wanita sehingga kini. Herbal Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan dan manfaatkan kesihatan keseluruhan.

Formula Yang Unik


Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang. Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan , satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Malahan Maharani Ci Xi sendiri mengambil makanan tersebut sebagai penyubur dan awet muda. Seterusnya Tong Ren Tang Te Zi Bai Feng Wan sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium Istana Larangan di Peking.

 
Herbal Maharani Hebat & Unik Kerana

  • Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan, peredaran haid & senggugut )
  • Menguatkan dan mengecutkan (otot-otot rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin) 
  • Melegakan masalah (sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh kebas dan urat saraf.  
  • Melambatkan masalah monopous (Pengaktifan hormon estroen, progestron dan androgen wanita)  
  • Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan)  
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payu dara, ovari, kawasan perut selepas bersalin & pinggul)  
  • Meningkatkan kadar metabolisma ( sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan & kebahagiaan kepada pasangan) 

Disyorkan setengah bola setiap pagi, sebelum sarapan (semasa ketiadaan haid). selama 12 hari sahaja selepas hari kedatangan haid yang terakhir. Hendaklah dimakan bersama air suam.

Peringatan

Bagi memastikan keberkesanan, adalah disarankan agar meminum air sekurang kurangnya 2 liter sehari. Tidak perlu dimakan ketika dalam tempoh kedatangan haid.

Ramuan

Wuji (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan pelbagai herba Cina yang bermutu.

Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20014419T

Simptom Penyakit               Kadar Keberkesanan (%)

Haid tidak teratur                                   80.4

Kesakitan haid                                       78.8

Hepititis berterusan / kronik                    77.5

Pendarahan selepas bersalin                    93.3

Pendarahan selepas pembedahan             75

Keputihan                                              100

Kepada sesiapa yang belum mencuba, apa tunggu lagi..... Realisasikan impian anda dengan Herbal Maharani. Ianya halal, disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL 20014419T). Ianya terbukti berkesan dan dapat membantu masalah wanita terutama keputihan, senggugut, kesukaran mendapatkan zuriat, wanita baru bersalin, hubungan suami isteri (dingin) & 1001 macam masalah berkaitan dengan wanita & kesihatan.

HARGA PASARAN : RM65.00 SAHAJA

CALL/ SMS :  019 526 0807  (PEMILIK STOKIS SUNWAY CITY IPOH)

Wednesday 7 March 2012

FREE LUXURY TRIPS TO GUANGZHOU


JOM MELANCONG PERCUMA.....
ANDA DILAYAN SEPERTI VVIP..


Sebelum join bisnes yang hebat ni, melancong ke luar negara adalah sesuatu yang mustahil bagi saya. Dalam Malaysia pun berkira kira nak pergi...nak bawak parenst takut tak cukup budget, walaupun saya bekerja pada ketika itu...Sayang rasa nak pakai duit gaji untuk melancong sebab rasa banyak lagi perkara yang lain lebih perlu diutamakan....so pendamkan aje minat nak pergi melancong ni...
Semuanya berubah dengan hanya satu keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia bisnes yang langsung tidak pernah terfikir sebelum ini....
Yess..di luar kotak fikiran saya untuk menjadikan usahawan kerjaya pilihan....
Salah satu sebab saya suka dengan bisnes ni kerana dapat melancong free...bukan setahun sekali tau.....setahun 3x dapat melancong FREEEEEE.....

Betul ke everything free ni ????

YES...ABSOLUTELY FREE.....

Tiket FREE

Accomodation FREE

Breakfast, Lunch, Dinner, Supper FREE

Transportation + Touring FREE

Honeymoon FREE

Alhamdulillah..sepanjang menjalankan perniagaan ini, saya tak pernah terlepas untuk FREE trip yang dianjurkan oleh syarikat...Antara negara yang pernah saya lawati...KOREA, PERTH, SYDNEY, BEIJING, UMRAH dan tempat tempat lain lagi...Best memang best...


For those who are interested to join me in this marvellous FREE  TRIP...sms or call me 019 5260807....jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..tiket diambil orang....

Tuesday 6 March 2012

BIO EVER NANO CREAM


Cream ajaib yang mendapat permintaan tinggi & sambutan hangat di pasaran dari lelaki dan wanita di Malaysia.

BIO EVER NANO CREAM.... menggunakan teknologi nano yg diformulasi dari menggunakan sistem bio-teknologi (liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano, iaitu pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa)- daun kaduk dan kacang soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga dan daun kaduk memang terkenal dengan herba untuk kecantikan kulit dan awet muda.

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKANNYA???


                  LEHER
Untuk leher yang lebih tegap dan licin
sapu krim menghala ke atas


                   DADA
Untuk kontur dada yang lebih tegap
dan menarik sapu krim menghala

ke atas dan ke dalam


BAHAGIAN DALAM LENGAN
Untuk lengan yang tegap dan kurus,
sapu krim dalam gerakan berpusing
yang menghala ke atas


BAHAGIAN DALAM PAHA
Untuk paha yang tegap dan kurus,
sapu krim dalam gerakan berpusing
yang menghala ke atas


               ABDOMEN
sapu krim di sekeliling perut dalam arah mengikut

pusingan jam untuk mengawalatur metabolisme
dan mengawal masalah menstrual





       BAWAH PINGGANG

sapu krim dalam arah menghala ke bawah
untuk membantu melegakan sakit belakang &

meningkatkan stamina


HARGA : HANYA RM 220 SAHAJA


Kepada sesiapa yg berminat nak cuba boleh hubungi saya 019 5260807 (pemilik stokis A30, Sunway City Ipoh)


**perhatian : ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak tidak digalakkan untuk mencuba







MENGAPA PERLU MEMILIH TOP CORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Tidak dinafikan perdapat pelbagai produk dan kaedah pelangsingan di pasaran yang boleh digunakan untuk kekal sihat dan cantik...tetapi mengapa anda PERLU  MEMILIH PREMIUM BEAUTIFUL (PB)???


KERANA

Top Corset Premium Beautiful merupakan produk yang sangat mengutamakan kesihatan dan bukan kecantikan semata-mata. 70% untuk kesihatan & 30% adalah untuk kecantikan.

TANPA PIL DIET

Kadangkala pengambilan pil diet yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang kita.

TANPA SENAMAN

Bagi anda uang sering sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, PB sangat sesuai untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana PB merupakan pakaian dalam berteknologi tinggi FIR yang berperanan memecah lemak dalam badan.



TANPA PERLU KE GYMNASIUM

Harga biasanya untuk jadi ahli gym RM120-150/sebulan
Kalau setahun?? dalam RM 140++/setahun
Kekangan masa juga menyebabkan kita tidak disiplin untuk ke gym walaupun sudah menjadi ahli.




TANPA DIET

Dengan memakai PB anda tidak perlu berdiet...Disiplin kah kita dalam pemakanan jika di depan mata terhidang makanan yang lazat-lazat atau 'favourite food'. Dengan pakai PB, secara tidak langsung hidangan yang kita ambil tidak akan jadi berlebihan. So, kita akan berhenti makan sebelum kenyang.


TAK PERLU KE SLIMMING CENTRE

Hanya dengan satu sesi anda belum nampak kesannya. Anda perlu pergi ke rawatan susulan untuk memastikan anda mendapat bentuk badan yang diidamkan. Harga confirm RM3k++(untuk beberapa sesi rawatan)
Bila badan gemuk semula, perlu keluar duit lagi untuk rawatan.



PLUS

PB boleh menjaga dan mempe rtingkatkan tahap KESIHATAN dalaman kita sebagai wanita, KECANTIKAN bentuk badan kita & mampu mempertingkatkan KEYAKINAN diri kita sebagai wanita. Sangat menjimatkan sebagai hadiah kepada diri kita sendiri...(Life Time Waranty)

Miliki PB anda hari ini..sms 019 526 0807 (pemilik stokis A30 Sunway City Ipoh)